Sarawak akan menggunakan sistem baharu untuk menentukan Indeks Garis Kemiskinan (PLI) di negeri itu.<br /><br />Ini kerana kaedah yang digunapakai unit perancang ekonomi (EPU) persekutuan tidak begitu tepat dengan hanya menggunapakai kadar pendapatan setiap isi rumah.<br /><br />Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sisyem baharu itu mengikut teori ekonomi Aset Ketara Bersih (NTA).